Tahun 2011

Ikmal haziq pun dah makin besar..skrg dah masuk setahun 5 bulan..
20hb oktober..tetiba jer suami dapt call dari HQ tnb kat Petalingjaya..
berita mengembirakan..suami dapat tnb..tapi dalam gembira ada gak sedihnya..
midi ditempakkan di tnb shah alam.
suami aku plak lagi 4 hari ja nak gji,tapi dah tak sempat bagi notis sebulan, so kena potong sebulan gaji.
nasibla abah aku ada.bagi pinjam 1000...terima kasih abah.

selama 3 tahun kawin..tak penah berpisah
keja sekali makan,tdor sekali..tetiba kena bepisah sementara wktu..adoi...sedihnya tak terkira.
malam jumaat 2 jugak kami bertolak k putrajaya..tdo umah kak farah.
nasib ada kakak kat sana...pagi berikut hari sabtu, kak farah bawak kami g cari bilik sewa untuk midi.
dapat la..deposit sekali dalam rm360.
tapi tak duduk lg.balik dlu.pas 2 pegi todo umah kakak sorg lagi kak bandar baru bangi.
ahad baru nora plak y hantar midi ke shah alam.
huh...masa balik, midi tggl la kat situ, aku balik ngn nora.
sedih jer....haziq lak ngis2.
sampai ja di umah nora,,terasa la sangat bila suami takde disisi...
terasa rindu yang teramat.apa lagi bila si haziq nangis2 tak henti2.
esok plak midi mula lapor diri 24/10/2011..kat tnb shah alam.
kul 9 pagi plak,midi call.."ain..abg kena pegi sepang,cuma lapor diri ja kat shah alam,keja kat sepang.
adoi..kesianya suami aku.kena g sepang pulak.
dah la taktau sepang area mana. nasib kak farah ada yang banyak membantu.nora keja. kak aku hantar pulak midi ke sepang.(terima kasih la sgt2 kat kakak2 ku)...
malam 2 lepas midi balik keja terus ke umah nora. lepas mangrib kami p shah alam untuk ambil balik barang2 midi,tak jadi sewa.tapi tuan umah plak,dah potong duit sewa rm150..cuma 1 malam jer. dah la mintak balik deposit..dia kata tggu org baru masuk,baru pulangkan balik.teruk btl la...dah la org tgh susah,taknak pulangkan deposit lak.org melayu tu..tak rasa kesian langsung kat sesama sendiri.dgn gaji takde,nak mula keja,hidup kat kota plak.
...............lepas midi keja kat sepang ,
keadaan tempat keja ok..best..org2 disana pun ok termsuk bos nya...
takde stress..
tapi sedihnya..haziq pulak kena sakit mulut..siang malam nangis
aku n suami,tok wan n tok taktau nak buat apa.semua dah cuba buat.masa 2 kat umah nora.
lepas ambik barang midi kat shah alam terus bawak g klinik.em lupa la klinik apa nma.
doktor pompuan..dia ckap sebab haziq selsema n banyak kahak.so masukkan oksigen.
menjerik2 la si haziq taknak.
bila balik umah elok ja..tp tgh malam dia ngis2 lagi..aku pun tak tdo.nasib ada midi
esk pagi midi nak g keja,aku tak terjaga sebab terlalu letih.
cuma aku salam ja ngn midi.
dlm kul 10 pagi, nora kimi n abah mak g portdicson..sebab kimi ada temuduga ngn tnb .
tapi aku tak ikut sebab haziq meragam jer.
mula2 ok jer ..tp masuk jer tghari haziq meragam lagi,dia takleh makan,minum susu pun langsung tak.kesian aku tgk.asyik nangis jer.
last aku paksa dia makan ubat. dok dlm 1 jam,dia tdo sampai ptg...
dlam kul 5 dia bangun, tak la meragam sangat..masa dia tdo 2 aku dah masak dah.
jam 6.30...aku pun tggu la tepi tingkap dgn haziq..kot2 la ayah dia ka,tok, tokwan dan achik ngn pakcik dia balik.lama kami tggu. hujan lebat masa 2..
tunggu punya tunggu..semua tak sampai2 lagi..hari dah gelap..ermmm mana la diorg ni...:(
tgk 1-1 keta yang parking,tapi bukan diorg.
dekat kul 8 rasanya..barula midi sampai...duk sekejap,lepas bagi midi makan.barula nora n kimi sampai.
lepas midi mandi..nora ckap kak farah ajak makan di luar. so kami pun g la makan di restoran dusun.
tapi abah cakap dusun durian. manan2 pun boleh.




ni gambarnya..









lepas makan..kami ikut kak farah balik umah dia.
malam 2 pulak.haziq ngis2 lagi...so abg awi try check mulut haziq.baru la tau y si haziq ni kena sakit mulut.'
2 sebab dia takleh makan atau minum susu.dia ngis sebab sakit ngn lapar.
dlm kul 1 lebih kot..haziq nangis tak henti2..1 rumah dgr.sian kat irfan n nejad tak leh tidor sebab haziq.
last kak farah bawak g klinik 24jam.malam 2jugak.
susahkan kak farah sekali lagi, tgh2 malam kena bawak haziq g klinik.dah tu msa bayar .kak ah jugak bayar.
em tapi tu la ...doktor pun mcm ngntok jer..ada dia ckp..dia takleh buat apa la kalo haziq tak leh makan ubat.adoi..kami bawak g klinik sebab nk mintak apa yang patut doktor tahu  buat la.kot2 la ada idea doktor yang leh bagi.ada ubat yang dapat hilangkan sakit haziq ka.
cuma doktor sarankan beli aiscream untuk haziq.
kul 2 pagi kitaorg beli aiscream mc'd..hahhaa bukan jer haziq..maklang n ayah dia pun makan aiscream pagi2...
tak penah dibuat org.tapi haziq punya pasal ..buat jer.
sampai umah diam la kejap..baru nak tdor,,haziq buat perangai lagi,menjerik2.ingat kena sampok ker.jenuh ambik air sembur kat dia.baca a.kursi la....
tokwan,tok dia dukung pun dia taknak..last pujuk2 dia tetido kat atas aku..


baru ja aku nak tdo..dia ngi lagi..sampai la pagi aku tak tdo..suami pun sama.kesian la pulak...bila dah kul 8 pagi ,elok jer haziq tidor..sampai kul 10pg..nora dtg.kami pegi sepang cari umah untuk midi sekali lagi area sepang. ..tapi tak dapat..umah kosong banyak,tapi takde jumpa untuk bagi sewa.yang ada cum Rm450 keats jer. ....
jam dah 12tghari..nanti nak balik taiping plak sebab khamis aku keja...
so bila tak dapat cari umah, kami balik umah kak farah...makan2 jap.kak farah buat jamuan depavali  ajak kawan ofis lama dtg. kami pn join sekali la.tapi aku jenis malu skit,tak la join sgt.
lepas makan,kami pun kemas2 barang nak balik. ....... nora n kimi anta kami kat stesen ketapi (kl sentral)
sampai dalam jam 3 kot...dapat tiket,kul 5.30 ptg..masa 2 sedih jer nak bepisah ngan suami.
midi tggu gak masa 2.y sihaziq nak buas dia jer..nasib ada kimi rajin melayan dia.
dalam kul 4.30 nora kimi n midi nak balik dah.sebab parking mahal kat situ.erm ok lah...
tapi berat jer hati nak bagi midi balik.kami tggu jer la sampai kul 5.30.
lepas jer midi balik dgn nora kimi. haziq pulak ngis nak bear...nak yang besar..
kalo kecik leh gak aku beli,ni besar sapa nak tolong bawak.dah la barang banya.dia nak jugak y besar.tok n tokwan nak beli y kecik pun dia taknak. last mengamuk2 kat situ.malu btl aku kat org.

......bila ketapi sampai...kami pun naik la..dari mula naik sampai la ke ipoh
haziq tak henti2 menangis..taktau nak buat apa lagi.nak bagi tdo pun dia taknak.bagi susu pun taknak.
org2 atas ketapi dah lain jer mukanya...tapi nak buat mcmna..dia sakit mulut.,,,tak henti2 aku doa
untuk dia sembuh....sedih betul sepanjang jalan.selalunya midi ada sebelah untuk sama2 jaga anak.tapi sekrg aku jer.nasib abah n mak ada,leh gak diorg tlng tgk2kan.
sampai jer kat ipoh dlm kul 8.40 kot..hujan lebat...tunggu teksi ..lama jugak la nak dapat teksi. bila dah dapat lega rasanya.tpi dalam teksi pun haziq tk henti ngis jugak.sampai di umah...rehat2 jap.paksa haziq makan ubat.jenuh jugak nak bagi dia tido.
.............esoknya aku g keja.tapi terasa la jugak..sebab selama 3 tahun..aku keja sekali suami..rehat sma2.
skrg aku sorg2 jer. tgk jer bilik midi, mst terasa rindu .semua benda teringat ja kat suami.
sampai takde mood aku nak keja.
hari jumaat pulak mak n abah g ipoh sebab check up.haziq aku bawak dtg pejabt. 2 pun meragam ja
dlam kul 12.30 aku bawak sekali lgi g klinik..last aku takleh keja.sekerat hari ja keja. tapi alhamdulilah sebab haziq dah mula sembuh.cuma skit2 jer.
hari yang sama kul 7mlm..abah ajak g kampung pantai remis untuk ambil duit sewa rumah.
sepanjang jalan gelap ja sebab ribut  + hujan lebat. ..yang ikut sekali, mak, kak yah n anak2 dia.
dlam perjalanan pulang ,kami singgah jap kat nasi kandar yang popular kat p.remis. diorg ja makan,tapi aku takde selera,maklumlah masih teringat kat suami yang jauh..
masa balik 2 hujan selebat2 nya...sampai tak nampak jalan.selalunya midi yang bawak keta.skrg kena bawak sendiri...susah jugak la.
dalam kul 8 lebih sampai umah.rasa lega dan syukur selamat sampai. haziq pun merap sikit2 jer.
hari sabtu pulak ..aku tepaksa la beli susu,pampers haziq kat tesco.selalunya aku pegi beli dgn midi,'tapi midi jauh,jadi aku pegi sendiri la di temankan mak.

sekarang baru la aku terasa ..berjauhan dgn suami..setiap rumahtagga mesti ada ujiannya,
cuma aku kena tabah dah redha...mungkin ada hikmah disebaliknya. dan jugak merapatkan lagi hubungan suami isteri. semakin jauh semakin rasa sayang.suami pun cakap mcm2.
kalo dekat mungkin kadang2 kita lupa tanggujawb atau ambil mudah .so bila jauh terasa ikatan kasihsayang.semua yang terjadi mesti ada kebaikan yang Allah cipta...
"bukan senang nak senang" ...semua org penah rasa kesulitan.cuma kita kena banyak bersabar dlam lumrah kehidupan. tapi aku bersyukur suami dah dapat keja tetap. ..:)

ikutkan hati..aku nak ja ikut dlam apa keadaan sekali pun demi kerana sayang.
 ni untuk suami ku...

Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © kisah kehidupanku ™